Sempadan negara harus dikawal sebaiknya bagi memastikan tiada varian baharu COVID-19 memasuki malaysia memandangkan terdapat varian baharu dikesan di rantau ASEAN.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini empat varian baharu dikenal pasti di Malaysia iaitu varian United Kingdom, India, Brazil dan Afrika Selatan.
